HIDUP SEORANG CASHIER
Selasa, 3 Mei 2016 | 6:45 PG | 0 comments
CASHIERYa aku pernah jadi seorang cashier.
Tak salah kan utk aku bercerita sedikit tentang pengalaman aku jadi seorang juruwang.
PERMULAAANNYA BEGINI,
Aku sebenarnya tak terdetik langsung dalam hati nak kerja as a cashier sementara nak prgi masuk belajar. Sbb apa? Sbb tak suka matematik then sbb malu ramai org tgk kerja pun dkt tempat dkt dgn rumah nnt member nmpk mesti member ckp "Eee setakat kerja dkt t#$%#&#a ni apa barang" "low class la engko kerja dkt sini" dlm kepala asyik duk terfikir nanti kalau ckg ckg dtg mcm mana. Itu belum kira crush kau dtg nak berurusan dgn hang, mmg darah adrenalin berfungsi dengan baik.
BOLEH TAK NAK BUAT CONCLUSION TERUS? ( HUHUHU)
Conclusion nya, hangpa semua tlg la hargai kalian. Kerja dkt mall yg beraircond tu aku tak kisah sgt yg promoter baju kasut handbag semua la tapi kalau hang kerja dkt sebuah supermarket yg mmg jadi tumpuan. Sbb apa? Yelah sbb penat lah. Buatnya cashier sikit, mmg nak kena usaha la kan nak bagi servis yg terbaik utk cust cust walaupun penat. Brg ada dlm pelbagai saiz dgn berat yang berlainan ye tuan tuan dan puan puan. Yg paling berat setakat ni aku rasa beras 15KG tu lah. Itu belum masuk bahan basah cth nya ayam yg nak letak dlm plastik tp terpercik darahnya ke arah muka kau ( aduh yg ni tkleh bla ) duri udang serta air udang yg boleh buat tangan hang menggelupas serta gatal, bau kerang yg aroma nya yg cukup mempesonakan dan bahan bahan basah yang lain.
CUSTOMER (-) & (+)
YA ADA YANG POSITIF & NEGATIF.
Kalau tkde negatif, mcm mana kita nak muhasabah diri utk jadi seorang pekerja yg lebih baik kan?
TAPI
JENG JENG JENG!!!
Aku tgh penat penat, ada plk cust mengamuk ( kes salah beli susu, siapa suruh suami, lain kali ajar suami serta anak anak hang susu apa yg anak korg minum ) ( SEBENARNYA ADA BANYAK KES ) ( YG AKU RASA NAK HADAPKAN KE MAHKAMAH ) .
Rasa mcm nak melayan beri senyuman manis atau buat tak layan atau biar je dia mengamuk?
YA AKU BIARKAN SENIOR AKU YG HANDLE KAN RETURN
DAN AKU BERI SENYUMAN
Cakap pasal RETURN & EXCHANGE
Anda sebagai pembeli tolong beli barang betul betul ya. Jgn bila dah balik, baru terfikir nak tukar yg lain. Sbb apa? Leceh kami nak sediakan borang return & exchange lpstu mula la korg complaint kan "esh mcm mcm gak eh nak tukar brg" "kena isi borang jgk ke" "tukar barang je pun "
YE MEMANG TUKAR BARANG. TAPI KALAU DAH AMAUN TU LAIN.........
Kalau brg yg hang tukar, lagi mahal yg previous thing korg beli, korg kena tambah duit ya. Kalau kurang dari previous thing, tak boleh pulangkan duit, tapi boleh ambik barang till cukupkan spt harga previous brg yg tak jadi.
PAHAM?
Ok
Nak ckp psl nepal.
Diorg mmg lah baik. Nak mintak tolong pun juruh laa oghe kelate royat. Nak taknak i need to be friend for them. Sbb apa? Sbb sama sama kerja dlm company yang sama. Bak kata wonderpet, "APA YG PENTING, KERJASAMA"
Jadi jgn lah bodoh bodoh kan diorg sbb tak reti nak balas pertanyaan korang ke. Apa ingat diorg nak sgt ke layan korang hahahahahaha .Ye hang sebagai customer always right. DAN PERFECT KAN.
KITA MANUSIA, SEMUA SAMA.
Nak ckp psl pengalaman boleh? (-)
Aku pernah dpt customer yg perangai boleh tahan. Aku dahla penat. Dia main hempas hempas brg. Smpai ada yg terjatuh. Lpstu mcm nak salah kan aku. Dey, aku ada dua tgn je, satu tgn nak scan satu tgn lagi nak packing brg. Tak kurang tak lebih, tlg paham. Jgn harap ada tgn ketiga dari bdn aku yg di khaskan utk menyambut brg brg yg jatuh.
Lpstu nak marah marah ckp aku hempas brg dia. Ok skrg ni siapa yg main hempas dulu. Siap ckp lagi "susun lah" dgn suara yg kasar, Kalau dah malam tu, tlg paham ya. Penat dia takyah ckp. Kalau takpuas hati cara cashier packing, aku sarankan dkt setiap supermarket dan mall, khaskan tempat utk customer scan dan packing brg sendiri cantik cantik.
OK?!
SEBENARNYA BNYK YG NEGATIF TAPI SETAKAT NI, NI LAH KUT YG PALING TERUK PERNAH KENA
Yang positif ada banyak
Tapi antaranya, customer ada tanya dah makan / minum / rehat ke belum. Aku hargai. Nampak sikit korang ambik berat huhuhu. Ada jgk yg ajak pergi kenduri kalau musim kenduri hahahaha tapi aku tk pergilah. Ada customer bagi duit balance suruh beli air. Ada yg paham, dia kata "akak tahu adik penat, takpe buat kerja slow slow"
Utk supervisor aku,
Sorry jadi yg paling ter nakal dlm tempat kerja,
Sorry jadi bdk kecik lagi tapi hakikatnya dah 18 thn.
Sorry dulu dulu malas kira petty cash pagi pagi sbb mengantuk
Sorry ada dtg lewat kes motor selalu pancit
Sorry selalu kejutkan dari blkg sampai ter melatah
Utk workmate aku,
Sorry nakal sgt
Sorry ter cantik sgt
Sorry suka gelak
Sorry mudah terhibur dgn lawak kalian
Kak Mazura, syg akak 200%
Bella, ko gila.
Sakinah, bye
Kak Tengku, ya jangan garang sgt