TAMAN PENGASIH
Jumaat, 26 Julai 2013 | 5:25 PG | 0 comments
Rabu bersamaan dengan 24 Julai 2013Aku terus mengikuti yang lain ke kantin Taman Pengasih. Aku letakkan beg ku di atas kerusi dan meluru ke meja lain untuk bercakap dengan yang lain. Senyumku tersimpul manis apabila anak anak yatim terus meluru datang ke arah ku dan datang bersalam denganku. Lalu kami meninjau asrama mereka semua. Semuanya masih baru dan sangat cantik.
Selesai bersalam dengan semuanya. Kami semua terus pergi ke surau untuk bacaan yassin dan tahlil. Pada mulanya aku hanya berjalan keseorangan. Kakak Atikah terus memanggil ku dan berjalan bersamaku. Lalu aku terus masuk ke dalam surau Taman Pengasih
Aku duduk bersebelahan Kakak Atiqah Nabila dan membaca yassin bersama sama dengan anak anak yatim yang lain. Hati ini berasa sebak. Entah mengapa tatkala aku membaca yassin aku akan hampir mengalirkan air mata ku. Dan seterusnya tahlil diketuai oleh seorang pengawas tingkatan 4.
Selesai membaca yassin dan tahlil, kami pergi ke kantin semula. Seorang kanak kanak kecil telah menambat hatiku untuk bercakap. Mereka semua memanggil nya kakak. Kakak sangat sporting.
Aku : Hai , nama awak apa...(sambil meletakkan tanganku di atas bahunya)
Kakak: Nama kita ______________ (Aku lupa namanya)
Aku : Umur awak berapa?
Kakak: Umur kita 9 tahun...
Aku : Awak sekolah mana?
Kakak: Kita sekolah dekat SKTA..
Aku: Oh....okay tak belajar?
Kakak: Uhmm okay je tapi kita tak pandai jawi je sbb kita tiru pakwe kita hahah tipu je *sambil ketawa*
Aku: Amboi nanti buat elok elok eh jawi. Senang je jawi ^^
Sampainya di kantin kakak terus menghilangkan diri sehingga aku tidak tahu dia di mana.
Sambil menunggu waktu berbuka, kami berbual bual dan berkenalan sesama sendiri. Aku sudah mendapat kawan namanya Kamelia dan Shahirah. Masih ramai tetapi aku lupa nama mereka. Maghrib telah berkumandang dan kami berbuka puasa bersama sama.
*Solat maghrib*
Selesai solat maghrib aku, Kamelia dan yang lain membuat sedikit latihan bagi menempuh Percubaan PMR pada 29 Julai ini. Aku mengajar Matematik walaupun aku tidak pernah mendapat A seumur hidup ku bagi subjek Matematik. Tetapi aku hanya ajar apa yg aku tahu. Banyak juga soalan yang telah disiapkan.
*Solat Isyak*
Seterusnya kami tarawih bersama sama.
Selesai tarawih. Kamelia dan Shahirah setia menungguku walaupun yang lain telah pergi ke kantin bagi moreh. Selesai melipat kain sembahyang, kami pergi ke kantin utk moreh. Kami moreh bersama sama dan beramah mesra bersama mereka. Hatiku sebak apabila Lia berkata '' Dayah...nanti datang lah lagi ajar Lia Math'' Aku hanya mampu membalasnya dengan senyuman dan berkata '' In sha Allah...''
Hatiku sudah berasa sebak kerana program sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum pergi, aku sempat masuk ke dalam asrama Lia..Lia sempat berkata kpd aku '' Dayah nanti jom keluar lepas PMR nanti. Ya Allah kenapa hatiku rasa berat untuk meninggalkan mereka. Lia dan Shahirah meminta no telefonku bagi memudahkan aku dan mereka berhubung.
Seterusnya kami keluar dari asrama dan berjalan beriringan.
Lia bagaikan tidak mahu melepaskan tanganku. Dia memegang erat tanganku apabila bas sudah sampai. Dia bagaikan tidak mahu melepaskan aku pergi. Lia cakap ''Dayah jom ambil borang duduk sini meh...'' Lalu kami pergi menuju ke ibu. Ibu baru pulang dari majlis berbuka puasa di sebuah hotel. Selesai bergurau dengan ibu kami kembali semula di hadapan bas. Sesi bersalam salaman telah bermula menandakan kami semua sudah mahu pulang.
Lia masih memegang tanganku dengan erat.
Lalu Kakak Fafa menarik ku untuk balik . Lia dan Kakak Fafa bagaikan merebut diriku. Aku berasa berat hati untuk tinggalkan Lia, untuk tinggalkan yang lain lain...Akhirnya aku melangkah jua naik ke atas bas yang sudah lama menunggu kami
Akhirnya aku menangis setelah menempatkan diriku di atas tempat duduk di dalam bas. Aku melambaikan tangan buat kali terakhir buat mereka. Aku harap aku dapat jumpa mereka lagi.
Kenangan terindah